Monday, January 30, 2012

TEKNIK MENGGORENG AYAM

 AYAM GORENG BERSADUR

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu basics dimana walaupun ianya nampak sedikit remeh,akan tetapi masih dikategorikan penting dalam konsep penyediaan makanan.

    Baru-baru ni saya ditanya oleh seseorang bagaimana untuk mendapatkan hasil gorengan ayam bersadur yang enak,garing,rangup dan sebagainya. Bukan memperlekeh akan tetapi masih ada sebilangan diantara kita yang masih tidak begitu arif mengenai teknik menggoreng yang betul. Disini saya kongsikan sedikit ilmu untuk diamalkan dalam mendapatkan hasil yang kita inginkan.

      Bagi menghasilkan ayam goreng yang enak haruslah diingat supaya setiap bahan diletakkan berasingan. Celup pada setiap bahan satu persatu. Dibawah saya sertakan gambar....
 Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya bagi resepi menggoreng bersadur ayam dipotong diantara 8 ke 10 bahagian sahaja.
 Telur hendaklah dipukul sedikit kembang. Pastikan telur dapat meliputi keseluruhan ayam yang hendak digoreng.
 Tepung boleh juga menggunakan TEPUNG KENTUCKY,tepung tempura asli atau hanya tepung jagung. Tips yang terbaik sebelum disadur bersama tepung2 ini,sadurkan dahulu ayam dengan sedikit tepung ubi. Juga pastikan tepung digaul bersama sedikit garam dan lada hitam jika mahu.

Seeloknya bagi menggoreng ayam bersadur,saya sarankan gunakan periuk. Kerana periuk dengan minyak yang banyak akan menimbulkan ayam semasa menggoreng. Jadi ayam yang digoreng tidak hangus atau hitam akibat terletak pada dasar kuali. Ini kerana dalam menggoreng apa jua makanan yang bersadur momentum suhu minyak hendaklah sekata sekitar 185 darjah celcius.
Pastikan ayam dicelup satu persatu dengan bahan2 diatas. Setelah minyak benar2 panas masukkan ayam yang telah bersadur ke dalam minyak. Kemudian kecilkan api ketahap sederhana. Setelah itu taburkan sedikit garam kedalam kuali. Ini adalah bertujuan bagi mengekalkan suhu dalaman minyak agar ayam tadi masak sehingga kebahagian dalam.

Jangan masukkan ayam terlalu banyak dalam satu masa kerana suhu yang hendak kita kekalkan akan hilang. Mengakibatkan ayam yang kita goreng menyerap minyak yang banyak ke bahagian dalam.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment