Saturday, January 28, 2012

TEKNIK GRILL

     Salam sejahtera kepada semua yang mengikuti blog saya. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu bagaimana untuk mendapatkan hasil grill atau memanggang yang sempurna. Sepertimana yang kita semua ketahui basics kepada grill terbahagi kepada beberapa jenis,antaranya,direct fire,smoked,hot pan and covered oven. Kali ini saya nak terangkan proses grill direct fire atau lebih dikenali dikalangan kita iatu menggunakan arang. Teknik ini pula terbahagi kepada bahagian tertentu berkaitan hidangan yang hendak dipanggang. Daging,ayam,ikan atau sayuran. Semuanya mempunyai teknik dan cara yang berbeza. Apa yang saya nak fokus hari ni adalah daging panggang atau lebih dikenali sebagai STEAK..

     Bagi mendapatkan hasil STEAK yang diimpikan sepertimana kita dapati di hotel-hotel yang berbintang-bintang tu,sebenarnya kita pun boleh menghasilkannya sendiri. Apa yang penting teknik kena betul. Baiklah apa yang diperlukan dalam penghasillan STEAK ini tadi adalah tempat pemanggang (tak semestinya anda kene beli spesifik pemanggang harga riban2 tu ye). Atas tanah pun ok asalkan kawasan api bertutup sedikit kerana kita nak mendapatkan suhu yang konsisten. Suhu bagi memanggang yang ideal dikawasan terbuka (kita istilahkan) adalah sekitar 485 darjah celcius dan keatas. Ketebalan STEAK pula adalah diantara 15mm sehingga 18mm dengan lebar sekitar 22mm (now ambil pembaris ukur hehe). Macam biasa pemerapan dengan saiz sebegini mengambil kurang lebih 1 hingga 2 jam untuk kesebatian bahan perap bersama daging. 

     Bila dah ready semua (tapi pastikan arang yang dibakar dah jadi bara) dengan anggaran suhu yang konsisten tadi barulah kita letakkan daging. Suka saya nak bagitau bagaimana anggaran untuk suhu 485 darjah tadikan?. Senang je. Letakkan tapak tangan diatas bara pada jarak sekitar 3 jengkal. Kira 3 saat. Jika merasakan bahang panas sehingga tapak tangan anda merah dan pedih,suhu itu yang kita cari. Begitu juga dengan dawai pelapik. Letakkan pada jarak sekitar 2 jengkal dari bara. 5 minit setiap bahagian. 

     Bagaimana nak tahu STEAK yang dibakar memenuhi selera kita?. Rare? Medium? Medium Well? Atau Welldone?

    
berpandukan gambarajah diatas...

     Gambar pertama RARE : Rapatkan ibu jari dengan jari telunjuk. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.  

     Gambar kedua MEDIUM : Rapatkan ibu jari dengan jari tengah. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.

     Gambar ketiga MEDIUM WELL : Rapatkan ibu jari dengan jari kelingking. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.
     Gambar keempat WELLDONE : Rapatkan ibu jari dengan jari anak. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.

     Setelah berpuas hati dengan tahap STEAK yang anda inginkan angkat dan hidangkan. Sekiranya menunggu masa makan,pastikan STEAK tadi diletakkan didalam pinggan dan dibungkus menggunakan foil atau kertas timah.


InsyaALLAH lain kali saya akan kongsikan pula bagaimana untuk mendapatkan STEAK yang lazat yang mampu dibuat dirumah untuk santapan bersama keluarga..

No comments:

Post a Comment