Thursday, November 24, 2011

WEDDING 20.11.2011

Alhamdulillah setelah 3 hari bertungkus lumus membuat persiapan,majlis yang dirancang berjalan dengan sempurna.. Tahniah kepada kedua mempelai dan bagi pihak kami,saya mengucapkan selamat pengantin baru moga berkekalan sehingga hujung nyawa..















Terima kasih kepada keluarga pengantin diatas kesudian menjemput kami bagi menguruskan serba sedikit persiapan.. Barakallahhu lakuma..

Sunday, November 6, 2011

MAJALAH AROMA NOV 2011

Alhamdulillah akhirnya terbit jua menu-menu saya yang dimuatkan didalam MAJALAH AROMA keluaran NOVEMBER 2011..

Pelbagai menu-menu menarik hidangan BARAT yang boleh didapati hasil dari buah tangan saya buat tatapan pembaca setia.

Jangan lupa dapatkan MAJALAH AROMA NOV 2011 dipasaran sekarang..






credit to:-majalah aroma ....Ms. Siti Dimiati(Editor)

Friday, October 14, 2011

FOOD PHOTOSHOT

hari ni saya ada food photoshot dengan sebuah majalah masakan malaysia...konsep menu adalh western.. menu untuk wedding..so, rase berdebar2 juga coz byk persiapan yg perlu dibuat...

kpd semua pembaca sila nantikan edisi seterusnya majalah aroma...

anda bole dptkan pelbagai menu yg disediakan oleh chef mizan..






Thursday, September 8, 2011

PAK'OVE

Bahan-bahan :
  • 2 biji Bawang besar,
  • 2 cup Tepung gandum,
  • 2 cup Susu segar,
  • 4 biji Telur (suhu bilik),
  • 1/2 sudu kecil Garam,
  • sedikit Lada hitam,
  • 1 sudu besar Olive oil,
  • sedikit Butter,
Cara-caranya :
  1. Panaskan oven 400 darjah celcius,
  2. Masukkan butter ke dalam acuan dan panaskan selama 1 ke 2 minit,
  3. Panaskan susu segar (tak perlu sehingga mendidih)
  4. Hiris bawang dan tumiskan sehingga layu kuning keemasan,
  5. Sementara itu sediakan tepung bersama seasoning ke dalam 1 mangkuk besar,
  6. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan susu panas tadi sedikit demi sedikit,
  7. Setelah susu dan telur kembang campurkan kedalam tepung perlahan2 sambil terus pukul (tak perlu sehingga kembang)
  8. Masukkan adunan telur dan susu tadi kedalam acuan 1/4 penuh,
  9. Tambahkan bawang goreng tadi,beserta sedikit rosemary dan lada hitam,
  10. Bakar semula dgn suhu 400 darjah selama 15minit
  11. Setelah siap bakar sekali lagi dengan suhu 335 darjah celcius selama 12 ke 15minit,
  12. Sejukkan seketika dan hidangkan.

Sunday, September 4, 2011

MENU HARI RAYA KEDIAMAN DATO' ZAKRI & KELUARGA...

Raya Pertama     :  Nasi Tomato,
                            :   Kurma Daging,
                            :   Jelatah / Acar.


Raya Kedua        :   Nasi Ayam Hainan,
                            :   Condiment,
                            :   Mee Bandung Special.


Raya Ketiga       :   Nasi Putih,
                           :   Sambal Udang Petai,
                           :   Masak Lemak Pisang dgn Udang,
                           :   Sambal Belacan,
                           :   Ulaman.


Raya Kelima     :   Nasi Beriani Special,
                          :   Ayam Qadai Timur Tengah,
                          :   Acar Rampai,
                          :   Papadom.


Raya Keenam   :   Nasi Lemak,
                          :   Sambal Ikan Bilis Petai,
                          :   Condiments,
                          :   Kari Ayam Darat,
                          :   Paru Goreng.




  * Thanks to DATO' sekeluarga kerana sudi menggunakan khidmat kami.... Salam lebaran minal aidil wal'faizin... Maaf zahir & batin...

Monday, August 8, 2011

BAZAR RAMADHAN DESA PANDAN

SALAM RAMADHAN SUME....

Lame x update blog coz agak sibuk sedikit....kpd sesiapa yg berdekatan dgn area desa pandan.. boleh la singgah bazar ramadhan yg terletak di jln masuk Mcd..
Ape yg ade????? kami menjual KAMBING GOLEK, KEBAB AYAM & DAGING.... sedap x????
pasti sedap!!!!
so..ramai2 la dtg ke bazar desa pandan & cari gerai kami ye...


Friday, May 20, 2011