Tuesday, January 31, 2012

SOAL JAWAB


SOALAN : Salam chef... Saya ni kuat masin, rasa tak puas hati kalau masakan saya tak cukup rasa. Saya ni pengusaha kedai makan. Jadinya kadang2 tu ada la termasak masin sedikit. Chef ada cara lain tak selain cara yang diamalkanoleh penduduk2 kampung kawasan saya ni iaitu mereka menggunakan kertas surat khabar lama yang dicampurkan kedalam masakan yang termasin tadi. 
kakak miss MELAKA
JAWAPAN : W'salam kak.. Terima kasih diatas soalan akak tu.. Pertama2 saya suka nak berkongsi sedikit pandangan sebagai seorang adik,kalau boleh,usahakan untuk kurangkan kuantiti garam dalam setiap masakan akak.. Ini adalah demi kesihatan yang berpanjangan insyaALLAH.. Berbalik kepada persoalan akak tadi,apa yang nak saya tegaskan disini adalah mengenai cara penduduk kampung akak buat dalam menangani masalah masakan masin.. Harus diingat bahawasanya apa jua jenis kertas sekalipun didalam muka bumi ini adalah terhasil dari serbuk kayu dimana secara saintifiknya amatlah memudaratkan kepada setiap yang bernyawa. Ada beberapa cara yang saya kira lebih berkesan dalam menangani masalah akak tu. Cara pertama adalah dengan menggunakan ubi kentang. Caranya ubi kentang tadi dipotong dadu.. Masukkan sahaja kedalam masakan dan biarkan sehingga empuk. Fungsi ubi kentang tadi adalah bertujuan bagi menyerap segala lebihan masin selain menjadi bahan tambahan dalam masakan tersebut.. Mudah bukan?... Selamat mencuba...


SOALAN : Chef,kenapa pastry saya keras dan tidak rangup? Inti dah mantap tapi pastry liat dan keras.. Sentap pulak rasanya bila kerap sangat berlaku macam ni.
Girl Pastry KLUANG,JOHOR
JAWAPAN : Sentap ye hehe.. Bagi menghasilkan pastry yang rapuh,mulakan proses menggaul mentega dan tepung menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan telur. Uli adunan sehingga sebati dan jangan uli seperti menguli roti. Sekiranya do diuli terlalu lama, gluten atau protien akan terbentuk dan ia akan membuatkan pastry menjadi liat dan keras. Chef harap lepas ni girl akan dapat buat yang lebih baik,jangan sentap2 lagi ye..


SOALAN : Salam chef.. Bagaimana nak menghasilkan tepi kek chesse yang kemas seperti di kedai kek tu.. Teknik yang saya buat sebelum ni dengan melapikkan loyang menggunakan kertas aluminium. Keadaan luaran kek tersebut tidak kemas la chef.. Bantu saya ye..
Azian, PP
JAWAPAN : Mudah saja tu,gunakan "cake ring" dan lapik bahagian bawah ring menggunakan kertas minyak dan lipat bahagian tepi seketat mungkin supaya adunan chesse tidak keluar. Sapukan minyak disekeliling ring dan tuang adunan kek. Bakar seperti biasa ye. Untuk keluarkan kek,sejukkan kek terlebih dahulu atau sehingga bahagian tepi kek lekang dengan sendirinya.


SOALAN : Chef.. Saya nak tanya bread inprover tu apa ya dan mengapa ianya digunakan dalam pembuatan kek?
Zainab KL
JAWAPAN : Bread improver ialah ascorbic acid atau vitamin C. Ia sejenis enzim yang membantu menggalakkan penghasilan gas ketika proses penapaian do di dalam membuat roti. Hasilnya, roti akan menjadi bartambah lembut walaupun pada suhu biasa.


SOALAN : Salam chef.. Baru2 ni saya buat bbq kambing golek.. Perapan semua dah ok.. Sos pun memang ikut resepi yang chef bagi. Masalahnya pulak bila kambing tu liat la chef. Jadinya tak puas nak makan. Saya gunakan kambing boa tempatan lingkungan berat 20kg.
En. Halim PD
JAWAPAN : W'salam en.. Kambing golek ye,besar selera ni hehe.. Ok,untuk makluman en kebiasaannya kambing tempatan orang tak buat bbq kerana memang terkenal dengan dagingnya yang liat. Walau bagaimanapun kita masih boleh gunakan asalkan kita tahu bagaimana untuk mendapatkan daging yang lembut. Caranya,gantungkan kambing tersebut secara terbalik. Kaki keatas. Kemudian sebat menggunakan rotan atau ranting hidup yang lembut. Setelah itu lakukan sedikit regangan diantara urat2 sendi daging dengan cara mengurut kebawah (ke kepala).. Lakukan kesemua bahagian kawasan yang mempunyai ketebalan daging seperti kaki depan,kaki belakang,otot peha dan atas rib.. Bakar dengan cara 'slice-on-slice' supaya daging tidak mengecut.. Selamat mencuba.. 

4 comments:

  1. salam chef, semua resepi yang chef bagi saya tak menjadi..sebab saya malas nak masak..ada tak cara lebih mudah untuk saya nak rasa resepi chef tu? :D

    ReplyDelete
  2. Wsalam Nerzhul..terima kasih diatas soalan tersebut..kalau tak masak memang la takkan jadi..itu sekadar alasan untuk nak suruh saya masak buat encik kan hehehe

    ReplyDelete
  3. hehehe..btw nice post. harap banyak lagi soklan dan jawapan camni kat blog ni. boleh gak kongsi ilmu pemasakan

    ReplyDelete
  4. salam chef nak tanya. ada beza ke kita guna minyak paket dengan minyak botol untuk campur dengan coklat semasa double boil? sebab selamani guna minyak botol brand daisy elok dan sedap tapi first time guna yang minyak paket, cairnya tak macam biasa pulak. ke sebab faktor apa?

    ReplyDelete