Friday, May 20, 2011

Wednesday, May 18, 2011

CONSULTANCY

                                              
                              GREEN TEAM ENTERPRISE (SA0140040-H)


  • Menyediakan segala perancangan pembukaan cawangan baru.
  • Mencari tapak lokasi premis yang strategik.
  • Menyediakan proposal mengenai cawangan.
  • Melantik kontraktor bagi urusan pengubahsuaian.
  • Membuat penyata kira-kira kewangan syarikat.
  • Menyediakan menu dan SOP sediada.


                            THE CAN'TEEN ROOM JLN YAP KWAN SENG



  • Menyediakan menu baru bagi promosi bulanan.
  • Meneliti akaun dan analisis untung rugi syarikat.
  • Melatih pekerja disemua bahagian.
  • Memastikan pekerja mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
  • Menjadi penasihat kepada PENGARAH dalam menentukan halatuju pasaran syarikat

Tuesday, May 17, 2011

                                                 MY PROFILE


CHEF HARMIZAN SHAHUDIN 

* Diploma Seni Masakan dan Pengurusan Perhotelan dari France Culinary Art School

* Pengalaman Bekerja ;
                      - Maya Green Restaurant Subang ;
                      - Penang Ampang Village Ampang ;
                      - Secret Recipe Cake & Cafe Sdn Bhd ;
                      - Novotel Hydro Majestic Kuala Lumpur ;
                      - Midah Hotel Kuala Lumpur ;

* Kemahiran mencipta menu-menu baru bagi promosi mengikut kehendak pelanggan ;

* Mahir dalam penyedian makanan Local Buffet,International Buffet,Continental Buffet,Western,France,        Pastry,Carving dan aneka makanan pencuci mulut ;

* Mempunyai kemahiran dalam hiasan dalaman dan pengurusan ;



CHEF HAFIZ SAAD

* Diploma Seni Makanan dari Institut Kulinari Anjung Utara ;

* Pengalaman Bekerja ;
                       - Bara One Bistro Ampang ;
                       - Italian Restaurante Kuala Lumpur ;
                       - Lanai Kijang Private Hotel Ampang ;
                       - Marina Reasort Langkawi ; 

* Mahir dalam penyediaan makanan Cina,Italian,Pasta,Carving,Western dan Local Buffet ;

* Berkemahiran mencipta menu-menu baru ;
CHOCOLATE CHIP

* Bahan-bahan utama ;
   
     - 3/4 cawan gula ;
     - 3/4 cawan gula perang ;
     - 3/4 cawan serbuk coklat ;
     - 1 cawan mentega lembut ;
     - 2 biji telur kuning sahaja ;
     - 1 sudu teh extrak vanilla ;
     - 2 1/4 cawan tepung serba guna ;
     - 1 sudu teh tepung penaik ;
     - 3/4 sudu teh garam ;
     - 2 cup semisweet coklat chip ;
     - jika perlu tambahkan sedikit badam bakar yang dipotong dadu kecil dan sedikit nestum kasar.

* Cara-caranya ;

      Panaskan oven 370 degrees. Campurkan gula,mentega,gula perang,vanilla dan telor kedalam mangkuk besar dan gaul menggunakan tangan. Masukkan sedikit demi sedikit tepung,serbuk penaik dan garam. Pastikan doh yang terhasil bergumpal dan tidak melekat.
      Gaulkan semua bahan dengan menggunakan tangan sehingga sebati secukupnya dan masukkan serbuk coklat dan coklat chip sedikit demi sedikit. Ketika ini boleh la ditambahkan sebarang jenis kekacang ataupun nestum tadi mengikut kemahuan masing-masing. Gaulkan lagi sehingga kesemua bahan sebati secukupnya dan pastikan doh tadi tidak terlalu kering. Doh anda akan jadi sedikit gelap kerana menggunakan serbuk coklat.
       Gunakan sudu atau tangan bagi membentuk doh diatas dulang pembakar. Pastikan setiap doh berada pada jarak yang sesuai kerana ketika dibakar biskut akan sedikit mengembang dan pastinya anda tidak mahu merosakkan bentuk biskut tersebut.
        Bakar didalam ketuhar selama 8 ke 10 minit atau sehingga masak kekuningan. Jika mahukan lebih rangup tinggalkan seketika didalam ketuhar. Sejukkan seketika sebelum dihidang....

CONSULTANCY

Menyediakan segala perkhidmatan berkenaan bidang masakkan dan minuman.
-merangkumi modal permulaan ;
-penyediaan menu istimewa ;
-mengatur segala keperluan asas ;
-bajet mingguan,bulanan dan tahunan ;
-proposal ;
-profil syarikat ;
-peruncitan ;
-pemasaran ;
-pelan jangka panjang perniagaan

* Juga menyediakan perkhidmatan rundingan bagi majlis perkahwinan. Info lanjut hubungi nombor tertera...
* Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis keraian ;


  - Majlis perkahwinan,
  - Majlis cukur jambul, doa selamat dan lain2,
  - Majlis harijadi, rumah terbuka,
  - Gathering syarikat,
  - Open house raya,
  - BBQ outdoor & indoor,


* Kami menyediakan menu-menu istimewa untuk santapan mempelai pengantin. Juga juadah untuk para tetamu yang hadir ke majlis raja sehari ;


  - Kambing bakar secret recipe ;
  - Ayam bakar berempah secret recipe ;
  - Special menu dome VIP/VVIP (Local/Western) ;
  - Aneka pencuci mulut ;
  - Aneka jenis kek ;

* Harga menu istimewa adalah berasingan.



                                         MENU HIDANGAN RAJA SEHARI

        MENU 01

- Nasi Hujan Panas/Beriani/Tomato ;
- Ayam Masak Thai ;
- Ikan Siakap/Kerapu/Bawal (sweet sour/pedas/stim) ;
- Udang/Sotong (goreng cendawan/planta/tempura) ;
- Siew Pak Choy Tiram/Kailan Tiram/Greek Salad ;
- Fruit Plater ;
- Jus Buah ;
- Kastard Jagung/Bread Pudding ;


         MENU 02

- Nasi Beriani/Minyak ;
- Ayam Masak Merah/Tomato ;
- Ikan Siakap/Bawal/Kembong Tiga Rasa ;
- Butter Prawn ;
- Jelatah/Dalca Sayur ;
- Fruit Plater ;
- Jus Buah ;
- Bread Pudding ;



       MENU 03

- Nasi Beriani/Minyak ;
- Ayam Bakar Berempah ;
- Ikan Bawal/Kembong Sweet and Sour ;
- Kari Sotong/Sambal Udang ;
- Jelatah/Dalca Sayur ;
- Fruit Plater ;
- Jus Buah ;

* Kami juga bersedia menerima apa jua menu yang diingini oleh pelanggan.

* Harga juga boleh dirunding mengikut kadar kemampuan pelanggan.
  BINTANG MALAM

* Bahan-bahan ;
     - 100g mentega ;
     - 25g gula ising ;
     - 1 sudu teh ektrak vanilla ;
     - 130g tepung serba guna ;
     - 100g coklat cair ;
     - Manik berwarna secukupnya ;

* Cara-cara ;
     - Putar mentega bersama gula ising sehingga ia kembang. Masukkan ektrak vanilla bersama tepung serba guna ,gaul hingga sebati dan menjadi doh. Canai sehingga menjadi 6mm tebal,terapkan dengan acuan mengikut kehendak. Susun diatas dulang pembakar. Buat hingga habis adunan. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15minit. Sejukkan seketika.
     -Celupkan biskut tadi kedalan coklat cair dan taburkan manik secukupnya.. Sedia dihidang.
BINGKISAN ASMARADANA

* Bahan-bahan A ;
     - 1 1/2 cawan tepung serba guna ;
     - 4 sudu besar tepung jagung ;
     - 3 sudu besar gula ising ;
     - 3-4 sudu besar minyak sapi ;
     - 30 biji kacang makadamia ;
     - 1/2 sudu besar serbuk koko ;

* Bahan-bahan B ;
     - 1/2 sudu besar serbuk koko ;
     - 1 cawan tepung serba guna ;
     - secubit garam ;
     - 2 sudu besar mentega ;
     - 2-3 sudu besar susu cair ;

* Cara-caranya ;
     - Gaul dan ramaskan tepung serba guna,tepung jagung,gula ising dan minyak sapi sehingga menjadi doh.
     - Bulatkan kecil-kecil dan masukkan sebiji kacang macadamia untuk dijadikan inti. Ketepikan.

     - Gaul dan ramaskan bahan B iaitu serbuk koko,tepung serba guna,garam dan mentega. Masukkan susu cair. Uli menjadi doh.
     - Canai setebal 2mm dan potong memanjang selebar 2mm. Lekatkan 2 kepingan seperti reben pada doh berinti tadi. Bakar 25minit pada suhu 190 darjah celcius,atau sehingga masak.

HONEY CORN FLAKES

     * HONEY CORNFLAKES

 -200g Cornflakes ;
 -80g   almond bakar ;
 -65g mentega ;
 -6 sudu madu ;
 -4 sudu bijan bakar ;
 -5 biji ceri merah ;
 -5 biji ceri hijau ;
 -2 sudu teh aisen vanilla ;
 -1 sudu teh gula pasir ;

-Cara Memasak  ;
 
    -pukul mentega,madu,gula,aisen vanilla,dan cornflakes sehingga sebati bersama.
    -masukkan almond bakar beserta bijan bakar perlahan-lahan kedalam campuran tadi.
    -setelah sebati kesemua bahan,gunakan sudu untuk masukkan kedalam acuan kertas bakar.
    -bakar pada 160C selama 12 ke 15 minit.
    -sejukkan seketika sebelum dibungkus atau dihidangkan...

CARVING





Pelbagai jenis ukiran mengikut kehendak pelanggan juga boleh ditempah... Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi Chef Mizan atau Cik Nurul

RESEPI KAMBING GOLEK

    

          *BAHAN 'A' ;

                             - Seekor kambing (anggaran berat 15kg - 20kg)
                             - Rosemary segar ;
                             - Serbuk bawang putih ;
                             - Minyak zaitun ;
                             - Jus lemon ;
                             - Serbuk lada hitam ;
                             - Garam ;
                             - Gula perang ;


          *BAHAN 'B' ;

                             - 10 ulas bawang putih ;
                             - Bay leaf kering ;

           * Masukkan kesemua BAHAN 'A' ke dalam botol dan goncang sebati.

           * CARA-CARANYA ;

                             - Letakkan kambing yang siap dicuci diatas meja.
                             - Urutkan setiap sendi kambing tadi agar otot-otot daging mengecil.
                             - Tebukkan beberapa lubang disetiap sendi kambing.
                             - Sumbatkan bawah putih yang telah dikelar tadi bersama Bay leaf.
                             - Lumurkan kesemua BAHAN 'A' tadi dah perap sekurang-kurangnya 4jam.
                             - Sedia dibakar.


              * saya sedia menerima tempahan bagi menu diatas. Harga adalah berdasarkan berat     seekor kambing mengikut harga pasaran

Sunday, May 15, 2011

MUFFIN FOR MERI SISTER WEDDING














BLUEBERRY MUFFIN
MOCHA MUFFIN
CHOCOLATE CHIP MUFFIN
THANKS TO MERI & FAMILY COZ ORDER FRM US..COMING UP NEXT ORDER IS 3 TIER OF CHOC.MOIST CAKE..
PLZ ORDER FRM US AGAIN...

Saturday, May 7, 2011

ICE CREAM GORENG

     ICE CREAM pelbagai perisa..mudah dan sedap..kualiti ice cream dijamin..kepada yang berminat untuk menjadi pembeli atau pengedar sila hubungi saya..

SIAKAP MIX STEAM

BAHAN

     * ikan siakap sekitar 800gram
     * halia muda 25gram (hiris panjang)
     * bawang merah 1biji (hiris)
     * bawang Holand 1biji (hiris)
     * bawang putih 3ulas (dititik)
     * daun bawang 70gram (hiris panjang)
     * batang saderi 125gram (hiris panjang)
     * lobak merah 135gram (hiris panjang)
     * lemon (3 hirisan)
     * tomato 2biji (potong wadges)
     * garam secukup rasa
     * sos tiram 2sudu makan.

CARA-CARANYA :

     * Bersihkan ikan secukupnya. Lumurkan bersama garam secukup rasa dan sos tiram. Masukkan ikan kedalam pinggan pengukus dan taburkan kesemua bahan-bahan tadi. Pastikan air mendidih secukupnya dan steam ikan selama 15minit atau sehingga masak. SELAMAT MENCUBA..

 p/s : kebiasaan ikan steam akan sedikit berbau hanyir.jadi,bagi menghilang hanyir rendamkan ikan seketika bersama air garam.

BABA NYONYA SUP BERSANTAN

Resepi ni adalah turun temurun dari keluarga sebelah isteri saya..nampak macam masak lemak MINANG tapi sebenarnya ini adalah sup...Resepi akan saya update untuk semua kelak...


BAHAN-BAHAN :

     * udang 500gram (dibuang kulit)
     * bawang putih 4ulas (ditumbuk)
     * cili merah 2batang (ditumbuk)
     * santan pekat 75gram
     * air 150ml
     * chinese parsley 25gram (dihiris)
     *garam secukup rasa


CARA-CARANYA :

     * Bersihkan udang secukupnya. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga harum kemudian masukkan udang. Masukkan santan dan tambah air. Masak sehingga mendidih dan masukkan chinese parsley beserta garam secukup rasa. Hidang panas bersama nasi lembut.. SELAMAT MENCUBA..

JALAN-JALAN CARI MAKAN

MEDAN SELERA IKAN BAKAR SG BARU MELAKA....tempat menarik,cantik,makanan fresh dan pastinya sedap...memang puas hati..harga juga sangat berpatutan jika dibandingkan dengan KUALA LUMPUR...Jika ke MELAKA jangan lupa singgah...

AYAM MASAK THAI


AYAM MASAK THAI adalah resepi dimana bahan-bahan utamanya adalah seperti menyediakan tomyam.Apa yang berbeza AYAM MASAK THAI hanya ditumis sehingga ayam masak..