Tuesday, May 17, 2011

CHOCOLATE CHIP

* Bahan-bahan utama ;
   
     - 3/4 cawan gula ;
     - 3/4 cawan gula perang ;
     - 3/4 cawan serbuk coklat ;
     - 1 cawan mentega lembut ;
     - 2 biji telur kuning sahaja ;
     - 1 sudu teh extrak vanilla ;
     - 2 1/4 cawan tepung serba guna ;
     - 1 sudu teh tepung penaik ;
     - 3/4 sudu teh garam ;
     - 2 cup semisweet coklat chip ;
     - jika perlu tambahkan sedikit badam bakar yang dipotong dadu kecil dan sedikit nestum kasar.

* Cara-caranya ;

      Panaskan oven 370 degrees. Campurkan gula,mentega,gula perang,vanilla dan telor kedalam mangkuk besar dan gaul menggunakan tangan. Masukkan sedikit demi sedikit tepung,serbuk penaik dan garam. Pastikan doh yang terhasil bergumpal dan tidak melekat.
      Gaulkan semua bahan dengan menggunakan tangan sehingga sebati secukupnya dan masukkan serbuk coklat dan coklat chip sedikit demi sedikit. Ketika ini boleh la ditambahkan sebarang jenis kekacang ataupun nestum tadi mengikut kemahuan masing-masing. Gaulkan lagi sehingga kesemua bahan sebati secukupnya dan pastikan doh tadi tidak terlalu kering. Doh anda akan jadi sedikit gelap kerana menggunakan serbuk coklat.
       Gunakan sudu atau tangan bagi membentuk doh diatas dulang pembakar. Pastikan setiap doh berada pada jarak yang sesuai kerana ketika dibakar biskut akan sedikit mengembang dan pastinya anda tidak mahu merosakkan bentuk biskut tersebut.
        Bakar didalam ketuhar selama 8 ke 10 minit atau sehingga masak kekuningan. Jika mahukan lebih rangup tinggalkan seketika didalam ketuhar. Sejukkan seketika sebelum dihidang....

No comments:

Post a Comment