Wednesday, February 15, 2012

PROGRAM BERSAMA RAKYAT MINI MAHA 2012 ( Hari kedua )

Program diteruskan pada hari kedua dengan task yang diberi iaitu demo masakan ikan air tawar.. Menu pertama TILAPIA GORENG bersama KERABU EPAL dan menu kedua MASAK LEMAK CILI API KELI ala Fine & Dine.. Menu pertama disediakan oleh ROYAL CHEF NORAINI manakal menu kedua disediakan oleh CHEF BOB.. Kali ini saya berkesempatan untuk mempromosikan produk 100% bumiputera iaitu KHALISSANTAN keluaran PFC SDN BHD dimana santan yang dihasilkan adalah dari kelapa sawit.. Rendah lemak tetapi sangat menyelerakan..

 persiapan oleh CHEF BOB bersama produk santan

 

 

 

  





















Pengunjung yang berkesempatan merasai sendiri hasil masakan CHEF BOB dan ROYAL CHEF amat berpuas hati.. Nantikan kemunculan saya CHEF MIZAN dalam road tour PRO ART CHEF yang akan mengunjungi tempat anda tidak lama lagi..

SITE VISIT INTAN PETALING JAYA

Site visit INTAN PETALING JAYA.. Tempat menarik dan kelengkapan juga amat memuaskan.. InsyaALLAH ada rezeki tak kemana.. Gambar dibawah menceritakan serba sedikit suasana persekitaran f&b INTAN..







Suasana persekitaran yang menarik.. Interior design yang simple tetapi masih nampak elegant.. Cukup memuaskan hati.. Just kene touch up sedikit agar tampak lebih kemas...

Tuesday, February 14, 2012

PROGRAM BERSAMA RAKYAT MINI MAHA 2012 ( Hari pertama )

Pada hujung minggu yang lepas berlangsung PROGRAM BERSAMA RAKYAT MINI MAHA 2012 yang bertempat di Padang Awam BKA 5 Bandar Kinrara.. Pelbagai acara menarik dijayakan oleh puhak penganjur dimana saya bagi pihak MACOM sendiri dijemput bagi menjayakan program tersebut.. Alhamdulillah walaupun dijemput hanya 2jam sebelum majlis bermula dengan team MACOM yang mantap kami berjaya melaksakan task yang diberi dengan jayanya.. Sambutan dari pengungjung juga amat menggalakka.. Bagi sesi pertama hari perasmian kami mengadakan demonstrasi ukiran buah.. Ukiran yang mudah tetapi masih tetap memuaskan..












































Terima kasih diatas kerjasama yang ditunjukkan oleh team MACOM terdiri dari CHEF CLASSIC ( Presiden ), ROYAL CHEF NORAINI ( Bendahari ), CHEF JUMI, CHEF BOB, NUR LIAN dan ASYRAF... U all the best...

Tuesday, January 31, 2012

SOAL JAWAB


SOALAN : Salam chef... Saya ni kuat masin, rasa tak puas hati kalau masakan saya tak cukup rasa. Saya ni pengusaha kedai makan. Jadinya kadang2 tu ada la termasak masin sedikit. Chef ada cara lain tak selain cara yang diamalkanoleh penduduk2 kampung kawasan saya ni iaitu mereka menggunakan kertas surat khabar lama yang dicampurkan kedalam masakan yang termasin tadi. 
kakak miss MELAKA
JAWAPAN : W'salam kak.. Terima kasih diatas soalan akak tu.. Pertama2 saya suka nak berkongsi sedikit pandangan sebagai seorang adik,kalau boleh,usahakan untuk kurangkan kuantiti garam dalam setiap masakan akak.. Ini adalah demi kesihatan yang berpanjangan insyaALLAH.. Berbalik kepada persoalan akak tadi,apa yang nak saya tegaskan disini adalah mengenai cara penduduk kampung akak buat dalam menangani masalah masakan masin.. Harus diingat bahawasanya apa jua jenis kertas sekalipun didalam muka bumi ini adalah terhasil dari serbuk kayu dimana secara saintifiknya amatlah memudaratkan kepada setiap yang bernyawa. Ada beberapa cara yang saya kira lebih berkesan dalam menangani masalah akak tu. Cara pertama adalah dengan menggunakan ubi kentang. Caranya ubi kentang tadi dipotong dadu.. Masukkan sahaja kedalam masakan dan biarkan sehingga empuk. Fungsi ubi kentang tadi adalah bertujuan bagi menyerap segala lebihan masin selain menjadi bahan tambahan dalam masakan tersebut.. Mudah bukan?... Selamat mencuba...


SOALAN : Chef,kenapa pastry saya keras dan tidak rangup? Inti dah mantap tapi pastry liat dan keras.. Sentap pulak rasanya bila kerap sangat berlaku macam ni.
Girl Pastry KLUANG,JOHOR
JAWAPAN : Sentap ye hehe.. Bagi menghasilkan pastry yang rapuh,mulakan proses menggaul mentega dan tepung menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan telur. Uli adunan sehingga sebati dan jangan uli seperti menguli roti. Sekiranya do diuli terlalu lama, gluten atau protien akan terbentuk dan ia akan membuatkan pastry menjadi liat dan keras. Chef harap lepas ni girl akan dapat buat yang lebih baik,jangan sentap2 lagi ye..


SOALAN : Salam chef.. Bagaimana nak menghasilkan tepi kek chesse yang kemas seperti di kedai kek tu.. Teknik yang saya buat sebelum ni dengan melapikkan loyang menggunakan kertas aluminium. Keadaan luaran kek tersebut tidak kemas la chef.. Bantu saya ye..
Azian, PP
JAWAPAN : Mudah saja tu,gunakan "cake ring" dan lapik bahagian bawah ring menggunakan kertas minyak dan lipat bahagian tepi seketat mungkin supaya adunan chesse tidak keluar. Sapukan minyak disekeliling ring dan tuang adunan kek. Bakar seperti biasa ye. Untuk keluarkan kek,sejukkan kek terlebih dahulu atau sehingga bahagian tepi kek lekang dengan sendirinya.


SOALAN : Chef.. Saya nak tanya bread inprover tu apa ya dan mengapa ianya digunakan dalam pembuatan kek?
Zainab KL
JAWAPAN : Bread improver ialah ascorbic acid atau vitamin C. Ia sejenis enzim yang membantu menggalakkan penghasilan gas ketika proses penapaian do di dalam membuat roti. Hasilnya, roti akan menjadi bartambah lembut walaupun pada suhu biasa.


SOALAN : Salam chef.. Baru2 ni saya buat bbq kambing golek.. Perapan semua dah ok.. Sos pun memang ikut resepi yang chef bagi. Masalahnya pulak bila kambing tu liat la chef. Jadinya tak puas nak makan. Saya gunakan kambing boa tempatan lingkungan berat 20kg.
En. Halim PD
JAWAPAN : W'salam en.. Kambing golek ye,besar selera ni hehe.. Ok,untuk makluman en kebiasaannya kambing tempatan orang tak buat bbq kerana memang terkenal dengan dagingnya yang liat. Walau bagaimanapun kita masih boleh gunakan asalkan kita tahu bagaimana untuk mendapatkan daging yang lembut. Caranya,gantungkan kambing tersebut secara terbalik. Kaki keatas. Kemudian sebat menggunakan rotan atau ranting hidup yang lembut. Setelah itu lakukan sedikit regangan diantara urat2 sendi daging dengan cara mengurut kebawah (ke kepala).. Lakukan kesemua bahagian kawasan yang mempunyai ketebalan daging seperti kaki depan,kaki belakang,otot peha dan atas rib.. Bakar dengan cara 'slice-on-slice' supaya daging tidak mengecut.. Selamat mencuba.. 

JERING dan KHASIATNYA



 Jering merupakan salah satu makanan ulaman yang cukup popular dan digemari. Sama seperti ulaman lain,jering boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak.


Jering atau nama saintifiknya pithecellabium indicum( jiringa ) / Archdendron jiring adalah tumbuhan asli di negara ini dan kawasan asia. Daripada kajian yang telah dijalankan mendapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protien, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.
 
Khasiatnya boleh diperolehi dari biji jering hinggalah kepada akar umbi. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, namun ramai dikalangan orang kita suka memakannya untuk dijadikan ulam, sedap dimakan atau dicicah bersama sambal belacan.
 
Khasiat jering dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil. Difahamkan jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita makan dalam kuantiti yang banyak akan mengalami sembelit. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak berkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing.
 
Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk memulihkan kesihatan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.  

KHASIAT DAN KEGUNAAN ;
   
*  BUAH :
 
Batu Karang : 3 biji buah jering ditumbuk halus bersama halia dan rebus dengan 5 gelas airsehingga mendidih, biarkan sejuk dan minum airnya 1 cawan sehari.
                                             
                                             Syphillis : Makan buahnya secara berterusan.
 
                                             Masalah Kulit : Isi buah jering dilumat dan dilumur pada kulit yang bermasalah. Juga menjadikan kulit wajah lebih berseri.

 Kulit jering baik untuk merawat masalah kencing manis. Ambil kulit buah jering atau kulit pokoknya dan rebus dengan air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk, amalkan meminum setiap pagi.