Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

BAWANG PUTIH & KHASIATNYA


BAWANG PUTIH atau nama saintifiknya ialah ALLIUM SATIVUM,merupakan salah satu bahan penting dalam masakan. Malah ia digunakan hampir semua masyarakat di dunia. Namun demikian ada segelintir yang kurang menggemarinya kerana baunya yang kuat berbanding bawang merah. Tidak ramai tahu bahawa bawang putih ini mempunyai khasiat yang tersendiri yang amat baik untuk kesihatan badan.



          APA YANG ANDA TIDAK TAHU ADALAH...

    * Bawang putih turut mengandungi vitamin A, B1, C, kalsium,  potassium, antioksidan, karoten dan selenium.
    * Selain itu bawang putih mengandungi banyak serat diet dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakkan individu apabila dimakan mentah.


 KHASIAT BAWANG PUTIH

  •  Membantu pencernaan.
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau jantung dan strok dengan cara menyekat penggumpalan darah didalam badan.
Merangsang pelbagai organ dalaman dan menggalakkan peredaran darah serta memperbaiki metabolisma.
  • Mengawal tahap gula dalam darah.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Membantu meredakan stress.
  • Menyembuhkan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
  • Menjaga stamina tubuh.
  • Mengelakkan jangkitan kulit dan jerawat serta membuang angin dalam badan. 
  • Membantu merawat ulser.


AWAS!!!!!
Jangan makan terlalu berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan hilang berat badan,meransang mukosa pencernaan,muntah,anemia serta dermatitis... 

                PENGAMBILAN YANG DISYORKAN..

  1. Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau
  2. Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat,atau tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.
 

TEKNIK GRILL

     Salam sejahtera kepada semua yang mengikuti blog saya. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu bagaimana untuk mendapatkan hasil grill atau memanggang yang sempurna. Sepertimana yang kita semua ketahui basics kepada grill terbahagi kepada beberapa jenis,antaranya,direct fire,smoked,hot pan and covered oven. Kali ini saya nak terangkan proses grill direct fire atau lebih dikenali dikalangan kita iatu menggunakan arang. Teknik ini pula terbahagi kepada bahagian tertentu berkaitan hidangan yang hendak dipanggang. Daging,ayam,ikan atau sayuran. Semuanya mempunyai teknik dan cara yang berbeza. Apa yang saya nak fokus hari ni adalah daging panggang atau lebih dikenali sebagai STEAK..

     Bagi mendapatkan hasil STEAK yang diimpikan sepertimana kita dapati di hotel-hotel yang berbintang-bintang tu,sebenarnya kita pun boleh menghasilkannya sendiri. Apa yang penting teknik kena betul. Baiklah apa yang diperlukan dalam penghasillan STEAK ini tadi adalah tempat pemanggang (tak semestinya anda kene beli spesifik pemanggang harga riban2 tu ye). Atas tanah pun ok asalkan kawasan api bertutup sedikit kerana kita nak mendapatkan suhu yang konsisten. Suhu bagi memanggang yang ideal dikawasan terbuka (kita istilahkan) adalah sekitar 485 darjah celcius dan keatas. Ketebalan STEAK pula adalah diantara 15mm sehingga 18mm dengan lebar sekitar 22mm (now ambil pembaris ukur hehe). Macam biasa pemerapan dengan saiz sebegini mengambil kurang lebih 1 hingga 2 jam untuk kesebatian bahan perap bersama daging. 

     Bila dah ready semua (tapi pastikan arang yang dibakar dah jadi bara) dengan anggaran suhu yang konsisten tadi barulah kita letakkan daging. Suka saya nak bagitau bagaimana anggaran untuk suhu 485 darjah tadikan?. Senang je. Letakkan tapak tangan diatas bara pada jarak sekitar 3 jengkal. Kira 3 saat. Jika merasakan bahang panas sehingga tapak tangan anda merah dan pedih,suhu itu yang kita cari. Begitu juga dengan dawai pelapik. Letakkan pada jarak sekitar 2 jengkal dari bara. 5 minit setiap bahagian. 

     Bagaimana nak tahu STEAK yang dibakar memenuhi selera kita?. Rare? Medium? Medium Well? Atau Welldone?

    
berpandukan gambarajah diatas...

     Gambar pertama RARE : Rapatkan ibu jari dengan jari telunjuk. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.  

     Gambar kedua MEDIUM : Rapatkan ibu jari dengan jari tengah. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.

     Gambar ketiga MEDIUM WELL : Rapatkan ibu jari dengan jari kelingking. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.
     Gambar keempat WELLDONE : Rapatkan ibu jari dengan jari anak. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.

     Setelah berpuas hati dengan tahap STEAK yang anda inginkan angkat dan hidangkan. Sekiranya menunggu masa makan,pastikan STEAK tadi diletakkan didalam pinggan dan dibungkus menggunakan foil atau kertas timah.


InsyaALLAH lain kali saya akan kongsikan pula bagaimana untuk mendapatkan STEAK yang lazat yang mampu dibuat dirumah untuk santapan bersama keluarga..