Tuesday, January 31, 2012

SOAL JAWAB


SOALAN : Salam chef... Saya ni kuat masin, rasa tak puas hati kalau masakan saya tak cukup rasa. Saya ni pengusaha kedai makan. Jadinya kadang2 tu ada la termasak masin sedikit. Chef ada cara lain tak selain cara yang diamalkanoleh penduduk2 kampung kawasan saya ni iaitu mereka menggunakan kertas surat khabar lama yang dicampurkan kedalam masakan yang termasin tadi. 
kakak miss MELAKA
JAWAPAN : W'salam kak.. Terima kasih diatas soalan akak tu.. Pertama2 saya suka nak berkongsi sedikit pandangan sebagai seorang adik,kalau boleh,usahakan untuk kurangkan kuantiti garam dalam setiap masakan akak.. Ini adalah demi kesihatan yang berpanjangan insyaALLAH.. Berbalik kepada persoalan akak tadi,apa yang nak saya tegaskan disini adalah mengenai cara penduduk kampung akak buat dalam menangani masalah masakan masin.. Harus diingat bahawasanya apa jua jenis kertas sekalipun didalam muka bumi ini adalah terhasil dari serbuk kayu dimana secara saintifiknya amatlah memudaratkan kepada setiap yang bernyawa. Ada beberapa cara yang saya kira lebih berkesan dalam menangani masalah akak tu. Cara pertama adalah dengan menggunakan ubi kentang. Caranya ubi kentang tadi dipotong dadu.. Masukkan sahaja kedalam masakan dan biarkan sehingga empuk. Fungsi ubi kentang tadi adalah bertujuan bagi menyerap segala lebihan masin selain menjadi bahan tambahan dalam masakan tersebut.. Mudah bukan?... Selamat mencuba...


SOALAN : Chef,kenapa pastry saya keras dan tidak rangup? Inti dah mantap tapi pastry liat dan keras.. Sentap pulak rasanya bila kerap sangat berlaku macam ni.
Girl Pastry KLUANG,JOHOR
JAWAPAN : Sentap ye hehe.. Bagi menghasilkan pastry yang rapuh,mulakan proses menggaul mentega dan tepung menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan telur. Uli adunan sehingga sebati dan jangan uli seperti menguli roti. Sekiranya do diuli terlalu lama, gluten atau protien akan terbentuk dan ia akan membuatkan pastry menjadi liat dan keras. Chef harap lepas ni girl akan dapat buat yang lebih baik,jangan sentap2 lagi ye..


SOALAN : Salam chef.. Bagaimana nak menghasilkan tepi kek chesse yang kemas seperti di kedai kek tu.. Teknik yang saya buat sebelum ni dengan melapikkan loyang menggunakan kertas aluminium. Keadaan luaran kek tersebut tidak kemas la chef.. Bantu saya ye..
Azian, PP
JAWAPAN : Mudah saja tu,gunakan "cake ring" dan lapik bahagian bawah ring menggunakan kertas minyak dan lipat bahagian tepi seketat mungkin supaya adunan chesse tidak keluar. Sapukan minyak disekeliling ring dan tuang adunan kek. Bakar seperti biasa ye. Untuk keluarkan kek,sejukkan kek terlebih dahulu atau sehingga bahagian tepi kek lekang dengan sendirinya.


SOALAN : Chef.. Saya nak tanya bread inprover tu apa ya dan mengapa ianya digunakan dalam pembuatan kek?
Zainab KL
JAWAPAN : Bread improver ialah ascorbic acid atau vitamin C. Ia sejenis enzim yang membantu menggalakkan penghasilan gas ketika proses penapaian do di dalam membuat roti. Hasilnya, roti akan menjadi bartambah lembut walaupun pada suhu biasa.


SOALAN : Salam chef.. Baru2 ni saya buat bbq kambing golek.. Perapan semua dah ok.. Sos pun memang ikut resepi yang chef bagi. Masalahnya pulak bila kambing tu liat la chef. Jadinya tak puas nak makan. Saya gunakan kambing boa tempatan lingkungan berat 20kg.
En. Halim PD
JAWAPAN : W'salam en.. Kambing golek ye,besar selera ni hehe.. Ok,untuk makluman en kebiasaannya kambing tempatan orang tak buat bbq kerana memang terkenal dengan dagingnya yang liat. Walau bagaimanapun kita masih boleh gunakan asalkan kita tahu bagaimana untuk mendapatkan daging yang lembut. Caranya,gantungkan kambing tersebut secara terbalik. Kaki keatas. Kemudian sebat menggunakan rotan atau ranting hidup yang lembut. Setelah itu lakukan sedikit regangan diantara urat2 sendi daging dengan cara mengurut kebawah (ke kepala).. Lakukan kesemua bahagian kawasan yang mempunyai ketebalan daging seperti kaki depan,kaki belakang,otot peha dan atas rib.. Bakar dengan cara 'slice-on-slice' supaya daging tidak mengecut.. Selamat mencuba.. 

JERING dan KHASIATNYA



 Jering merupakan salah satu makanan ulaman yang cukup popular dan digemari. Sama seperti ulaman lain,jering boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak.


Jering atau nama saintifiknya pithecellabium indicum( jiringa ) / Archdendron jiring adalah tumbuhan asli di negara ini dan kawasan asia. Daripada kajian yang telah dijalankan mendapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protien, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.
 
Khasiatnya boleh diperolehi dari biji jering hinggalah kepada akar umbi. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, namun ramai dikalangan orang kita suka memakannya untuk dijadikan ulam, sedap dimakan atau dicicah bersama sambal belacan.
 
Khasiat jering dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil. Difahamkan jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita makan dalam kuantiti yang banyak akan mengalami sembelit. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak berkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing.
 
Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk memulihkan kesihatan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.  

KHASIAT DAN KEGUNAAN ;
   
*  BUAH :
 
Batu Karang : 3 biji buah jering ditumbuk halus bersama halia dan rebus dengan 5 gelas airsehingga mendidih, biarkan sejuk dan minum airnya 1 cawan sehari.
                                             
                                             Syphillis : Makan buahnya secara berterusan.
 
                                             Masalah Kulit : Isi buah jering dilumat dan dilumur pada kulit yang bermasalah. Juga menjadikan kulit wajah lebih berseri.

 Kulit jering baik untuk merawat masalah kencing manis. Ambil kulit buah jering atau kulit pokoknya dan rebus dengan air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk, amalkan meminum setiap pagi.

Monday, January 30, 2012

TEKNIK MENGGORENG AYAM

 AYAM GORENG BERSADUR

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu basics dimana walaupun ianya nampak sedikit remeh,akan tetapi masih dikategorikan penting dalam konsep penyediaan makanan.

    Baru-baru ni saya ditanya oleh seseorang bagaimana untuk mendapatkan hasil gorengan ayam bersadur yang enak,garing,rangup dan sebagainya. Bukan memperlekeh akan tetapi masih ada sebilangan diantara kita yang masih tidak begitu arif mengenai teknik menggoreng yang betul. Disini saya kongsikan sedikit ilmu untuk diamalkan dalam mendapatkan hasil yang kita inginkan.

      Bagi menghasilkan ayam goreng yang enak haruslah diingat supaya setiap bahan diletakkan berasingan. Celup pada setiap bahan satu persatu. Dibawah saya sertakan gambar....
 Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya bagi resepi menggoreng bersadur ayam dipotong diantara 8 ke 10 bahagian sahaja.
 Telur hendaklah dipukul sedikit kembang. Pastikan telur dapat meliputi keseluruhan ayam yang hendak digoreng.
 Tepung boleh juga menggunakan TEPUNG KENTUCKY,tepung tempura asli atau hanya tepung jagung. Tips yang terbaik sebelum disadur bersama tepung2 ini,sadurkan dahulu ayam dengan sedikit tepung ubi. Juga pastikan tepung digaul bersama sedikit garam dan lada hitam jika mahu.

Seeloknya bagi menggoreng ayam bersadur,saya sarankan gunakan periuk. Kerana periuk dengan minyak yang banyak akan menimbulkan ayam semasa menggoreng. Jadi ayam yang digoreng tidak hangus atau hitam akibat terletak pada dasar kuali. Ini kerana dalam menggoreng apa jua makanan yang bersadur momentum suhu minyak hendaklah sekata sekitar 185 darjah celcius.
Pastikan ayam dicelup satu persatu dengan bahan2 diatas. Setelah minyak benar2 panas masukkan ayam yang telah bersadur ke dalam minyak. Kemudian kecilkan api ketahap sederhana. Setelah itu taburkan sedikit garam kedalam kuali. Ini adalah bertujuan bagi mengekalkan suhu dalaman minyak agar ayam tadi masak sehingga kebahagian dalam.

Jangan masukkan ayam terlalu banyak dalam satu masa kerana suhu yang hendak kita kekalkan akan hilang. Mengakibatkan ayam yang kita goreng menyerap minyak yang banyak ke bahagian dalam.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, January 28, 2012

KESIHATAN

PENYAKIT & MAKANAN YANG HARUS DIPANTANG

  Manusia memerlukan makanan untuk hidup. Tanpa makanan seseorang itu tidak mampu untuk bergerak lebih pantas dan bertenaga. Makanan dan air merupakan keperluan penting dan utama didalam meneruskan kelangsungan kehidupan di dunia ini. Walau bagaimanapun, tidak semua makanan mendatangkan kebaikan untuk tubuh badan terutamanya jika telah mendapat penyakit yang agak sukar diubati. Berpantang atau memilih makanan yang sesuai adalah cara terbaik yang dapat dilakukan sebagai langkah pencegahan untuk tidak menambah penyakit tersebut semakin melarat.

JANTUNG
Elakkan dari mengambil makanan mengandungi banyak garam dan lemak seperti daging,minyak,santan serta makanan sejuk.
 
HEPATITIS A
   
Bagi mereka yang menghidapi penyakit ini seloknya anda berpantang memakan buahan dan sayuran mentah terutama yang tidak dibuang kulitnya. Selain itu elakkan pengambilan kerang mentah,tiram,mayonis,keju,krim dan yogurt.

ANEMIA 
 
Kurangkan pengambilan kafien dan alkohol kerana ia boleh mengikat darah. Makan makanan yang kaza zat besi seperti epal,pisang,aprikot,plum,asparagus,labu,brokoli dan sayuran berdaun hijau,daging merah,tauhu dan bijian.

DIABETES
Hindari pengambilan makanan yang mengandungi gula,tepung dan tinggi karbohidrat. Juga hindari buahan seperti durian,air kelapa dan pisang emas
   KANSER / BARAH
Hindari makanan yang dipanggang dan digoreng seperti kentang goreng,kerepek,roti goring,biskut,keropok dan sarapan sereal.

ASMA
   Hindari atau kurangkan pengambilan makanan seperti susu,keju dan produk susu lainnya,gula putih,tepung putih,roti putih dan coklat. Hindari juga makanan yang dapat menyebabkan reaksi alergi seperti telur,susu,gandum,ikan,kerang,kekacang,kacang tanah,serta makanan yang mengandungi sulfida seperti acar,sayuran,buahan kering dan udang.

MIGRAIN
Elakkan dari merokok,minuman beralkohol,kopi,coklat dan produk coklat,teh hitam dan hijau serta minuman ringan. Hindari juga makanan dengan bahan pengawet dan aditif seperti MSG (monosodium glutamat)

   SINUS
Hindari makanan yang digoreng.tepung makanan,gla putih,beras,pai,rempah yang kuat,daging dan produk daging.

MALARIA
   Makanan yang harus dihindari adalah kopi,teh pekat,makanan segera,rempah masakan segera,acar,gula,tepung putih,minuman beralkohol dan semua produk daging.

 BUASIR
Jangan makan makanan bersifat panas dan mengandungi lemak (penyebab sembelit) seperti makanan pedas,daging,jeruk (makanan masam) dan juga makanan ringan. Makanlah makanan yang mempunyai banyak serat seperti sayuran,roti gandum,buahan,sereal dan kekacang.

KEPUTIHAN
   Hindari makanan yang dapat merangsang lendir seperti nenas,timun,telur dan udang.

OSTEOPOROSIS
Hindari makanan berlemak seperti daging,susu,santan,margerin,hotdog,hamburger,kopi dan minuman berkafein,coklat dan minuman berkarbonat. 

BAWANG PUTIH & KHASIATNYA


BAWANG PUTIH atau nama saintifiknya ialah ALLIUM SATIVUM,merupakan salah satu bahan penting dalam masakan. Malah ia digunakan hampir semua masyarakat di dunia. Namun demikian ada segelintir yang kurang menggemarinya kerana baunya yang kuat berbanding bawang merah. Tidak ramai tahu bahawa bawang putih ini mempunyai khasiat yang tersendiri yang amat baik untuk kesihatan badan.



          APA YANG ANDA TIDAK TAHU ADALAH...

    * Bawang putih turut mengandungi vitamin A, B1, C, kalsium,  potassium, antioksidan, karoten dan selenium.
    * Selain itu bawang putih mengandungi banyak serat diet dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakkan individu apabila dimakan mentah.


 KHASIAT BAWANG PUTIH

  •  Membantu pencernaan.
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau jantung dan strok dengan cara menyekat penggumpalan darah didalam badan.
Merangsang pelbagai organ dalaman dan menggalakkan peredaran darah serta memperbaiki metabolisma.
  • Mengawal tahap gula dalam darah.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Membantu meredakan stress.
  • Menyembuhkan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
  • Menjaga stamina tubuh.
  • Mengelakkan jangkitan kulit dan jerawat serta membuang angin dalam badan. 
  • Membantu merawat ulser.


AWAS!!!!!
Jangan makan terlalu berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan hilang berat badan,meransang mukosa pencernaan,muntah,anemia serta dermatitis... 

                PENGAMBILAN YANG DISYORKAN..

  1. Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau
  2. Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat,atau tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.
 

TEKNIK GRILL

     Salam sejahtera kepada semua yang mengikuti blog saya. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu bagaimana untuk mendapatkan hasil grill atau memanggang yang sempurna. Sepertimana yang kita semua ketahui basics kepada grill terbahagi kepada beberapa jenis,antaranya,direct fire,smoked,hot pan and covered oven. Kali ini saya nak terangkan proses grill direct fire atau lebih dikenali dikalangan kita iatu menggunakan arang. Teknik ini pula terbahagi kepada bahagian tertentu berkaitan hidangan yang hendak dipanggang. Daging,ayam,ikan atau sayuran. Semuanya mempunyai teknik dan cara yang berbeza. Apa yang saya nak fokus hari ni adalah daging panggang atau lebih dikenali sebagai STEAK..

     Bagi mendapatkan hasil STEAK yang diimpikan sepertimana kita dapati di hotel-hotel yang berbintang-bintang tu,sebenarnya kita pun boleh menghasilkannya sendiri. Apa yang penting teknik kena betul. Baiklah apa yang diperlukan dalam penghasillan STEAK ini tadi adalah tempat pemanggang (tak semestinya anda kene beli spesifik pemanggang harga riban2 tu ye). Atas tanah pun ok asalkan kawasan api bertutup sedikit kerana kita nak mendapatkan suhu yang konsisten. Suhu bagi memanggang yang ideal dikawasan terbuka (kita istilahkan) adalah sekitar 485 darjah celcius dan keatas. Ketebalan STEAK pula adalah diantara 15mm sehingga 18mm dengan lebar sekitar 22mm (now ambil pembaris ukur hehe). Macam biasa pemerapan dengan saiz sebegini mengambil kurang lebih 1 hingga 2 jam untuk kesebatian bahan perap bersama daging. 

     Bila dah ready semua (tapi pastikan arang yang dibakar dah jadi bara) dengan anggaran suhu yang konsisten tadi barulah kita letakkan daging. Suka saya nak bagitau bagaimana anggaran untuk suhu 485 darjah tadikan?. Senang je. Letakkan tapak tangan diatas bara pada jarak sekitar 3 jengkal. Kira 3 saat. Jika merasakan bahang panas sehingga tapak tangan anda merah dan pedih,suhu itu yang kita cari. Begitu juga dengan dawai pelapik. Letakkan pada jarak sekitar 2 jengkal dari bara. 5 minit setiap bahagian. 

     Bagaimana nak tahu STEAK yang dibakar memenuhi selera kita?. Rare? Medium? Medium Well? Atau Welldone?

    
berpandukan gambarajah diatas...

     Gambar pertama RARE : Rapatkan ibu jari dengan jari telunjuk. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.  

     Gambar kedua MEDIUM : Rapatkan ibu jari dengan jari tengah. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.

     Gambar ketiga MEDIUM WELL : Rapatkan ibu jari dengan jari kelingking. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.
     Gambar keempat WELLDONE : Rapatkan ibu jari dengan jari anak. Gosok pada kawasan terbuka,tekan STEAK dan tekan tapak tangan pada ibu jari.

     Setelah berpuas hati dengan tahap STEAK yang anda inginkan angkat dan hidangkan. Sekiranya menunggu masa makan,pastikan STEAK tadi diletakkan didalam pinggan dan dibungkus menggunakan foil atau kertas timah.


InsyaALLAH lain kali saya akan kongsikan pula bagaimana untuk mendapatkan STEAK yang lazat yang mampu dibuat dirumah untuk santapan bersama keluarga..

Tuesday, January 24, 2012

WEDDING RIZAL DI FELDA JENGKA

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai raja sehari.. Semoga ikatan yang termetri kekal hingga ke hujung nyawa.. 












                                * sory zal...aku kelam kabut balik so tak prepair apa2 sangat pun..pizza je yang sempat...homemade tau tu..korang sweet sangat..tahniah sekali lagi..

Saturday, January 14, 2012

BARISAN AJK PENAJA PUSAT MACOM

Ahli Jawatan Kuasa Pusat MALAY ASSOCIATION CHEF of MALAYSIA..


Logo Rasmi
PRESIDEN MACOM
TIMBALAN PRESIDEN
SETIAUSAHA MACOM
BENDAHARI MACOM
AJK PUSAT MACOM
PENGERUSI KEDAH
NAIB PRESIDEN UTARA
PENGERUSI SABAH SERAWAK
NAIB PRESIDEN SELATAN
PENGERUSI PERAK
SETIAUSAHA PAHANG
PENGERUSI JOHOR
PENGERUSI BRUNEI BORNEO